Wednesday, 3 June 2015

Tolong Jaga Sikit Adab Anak Tu!!!

video

Merujuk kepada video diatas.

Dalam mendidik anak-anak masing-masing mempunyai cara tersendiri.

Cara mendidik anak ni tak semuanya sama.

Dulu aku selalu perhati mak ayah aku mendidik adik-adik aku..termasuk aku..

Mak ayah aku ni kategori garang..kalau dah garang paham-paham je la maksud aku..rotan tu tak payah cakap lah..memang pernah kene walaupun tak selalu..

Kami akan dirotan ditangan kalau tak solat..ponteng ngaji and mandi sungai..

Kalau exam merosot kami jarang kene rotan..biasanya kami didenda untuk menyalin soalan yang salah berserta jawapan..

Mak ayah jarang bawak kami pergi shopping kompleks..memandang perangai kami yang lasak..

Kalau pergi beraya rumah jiran selalu kami tertekan sbb mak ayah tak bagi kami bergerak bimbang akan berlaku kerosakan dirumah yang kami beraya.

Cara nak bagi kami duduk diam hanya dengan jelingan..aku pun tak tau apsal kami takut sangat dengan jelingan..pernah ada seorang adik kami tertumpah air di karpet rumah orang..kami semua didenda..tak boleh ikut pergi beraya..punya la frust masa tu..

Mak ayah denda kami atas alasan kami tak jaga adik kami..

Bila dah ada semakin dewasa aku makin faham kenapa mak ayah aku sangat tegas dengan kami adik beradik..

Bila seorang buat salah semua akan kene..ini bermakna kami kene ambil tahu dan saling menegur kesilapan yang adik beradik kami buat..so kami masih lagi berkelakuan sedemikian..dan kami amat menyayangi antara satu sama lain..

Dan hasilnya kami akan tahu adab kalau pergi kemana-mana..

Sekarang ni aku tengok banyak mak bapak yang tak reti nak marahkan anak langsung..biar je apa yg anak-anak buat..tak reti nak ajar adab bertandang dirumah orang..adab di pusat beli belah..

Pernah aku terserempak dengan seorang kanak-kanak memunggah tin susu, makanan di Giant..ibu dier cuma menegur sahaja..bukannya die nak susun balik barang-barang yang anak die punggah..kesian aku tengok pekerja-pekerja kat situ..anak die siap sepak kaki pekerja-pekerja yang menyusun barang-barang yang disepahkan..aku rasa nak je aku baling tin susu tu kat kepala si ibu tadi..

Memang kita ni pembeli..tapi perangai tu biarlah bertamadun sikit..Ko tak malu ke orang keliling tengok perangai anak ko macam tu..Serius aku tak faham mak bapak macam ni..TEGAS sikit dengan anak tu..bukan suruh dirotan..kalau tak tahu pergi belajar beli buku..doa untuk anak-anak hyperactive kan banyak..

TOLONGlah mak bapak oiii..ajar lah sikit adab pada anak-anak OR korang sendiri memang takde adab dan tau wujudnya ADAB dalam dunia ni!!

DAN jangan sibuk nak salah kan orang kalau ko yang tak reti jaga anak...



XOXO

Kenduri Kahwin...

Cuti sekolah datang lagi!!!!!

Macam biasa kat Malaysia kalau cuti sekolah memang xde aktiviti lain..

KENDURI KAHWIN...

Kenduri kahwin ni memang akan memenatkan tuan rumah tak kira la kita guna catering ke..rewang ke..buat kat dewan ke etc..

Macam-macam ragam kerenah manusia kita akan jumpa masa kenduri kawin..biasanya kerenah-kerenah ni dimonopoli oleh kaum hawa..

Antaranya..

1) Perang Fesyen Baju

Baju sape cantik..dengan rekaan fesyen nye..ketat ke tak..jarang je tak..warna sesuai tak dengan si pemakai..mmg perang fesyen lah masa kenduri ni..kenkadang ada jugak yang sgt sgt over..tak kene dengan majlis dan lokasi majlis..yang aku perasan lah mmg susah nak tengok mana-mana kaum hawa tutup aurat dengan sempurna masa kenduri ni..belum lagi aku jumpa perang tutup aurat..siapa tutup aurat dengan sempurna..


2)Perang Make Up

Masa kenduri ni lah kita dapat tengok macam-macam jenis make up..ada yang cantik..tapi selalunya susah nak dapat ok..


3) Perang Karaoke

Aku pernah jumpa satu kenduri..serius aku terkejut tengok kenduri ni..sedara mara tuan rumah non stop berkaraoke..plus setiap kali ada nyanyian mesti ada joget-jogetan..and all the time DANGDUT..bila dirisik-risik..oo orang dari seberang..patutlah..start kul 10.30 pagi sampai pukul 6.30 petang..terpaksa lah aku menadah telinga..dah dieorg buat kenduri kat bawah rumah aku..muzik senyap bila azan berkemundang..

4)Perang Ingin Tahu 

Kebanyakan kaum hawa mesti nak tahu macamana rupa bilik pengantin..mcm mana rupa hantaran..apa yang diberi..apa yang dibalas..[selalunya terjadi kalau buat kat rumah]

Dari aku kecik sampai la sekarang aku tak paham kenapa nak kene ambil tahu semua tu..

Biar la apa pun rupa bilik dan hantaran lantaklah..

Kita dijemput untuk makan..so dah sampai kat kenduri..salam tuan rumah..makan..lepas tu salam balik tuan rumah and balik..

Tak payah la nak ambik tau bagai-bagai..

Ini antara PERANG yang selalu berlaku di kenduri kahwin..kenkadang seronok tengok..kenkadang meluat..

So sebagai manusia kita ambik lah semua sebagai tauladan dan sempadan..untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.

Akhir kata selamat berkenduri, selamat datang kenduri and jangan nak PERANG sangatlah..rileks rileks sudah..


XOXO






Monday, 1 June 2015

Alahai Jiranku Sayang - Part 2

Hujung minggu adalah hari yang amat-amatlah sangat dinantikan oleh insan seperti aku yang telah penat bekerja sepanjang minggu.

Disebabkan cuti sekolah telah bermula aku decide tak nak berjalan kemana-mana pada hujung minggu lepas.

Aku plan nak masak sedap sedap dan lepak dan nak menghabiskan siaran tv yang tertunda yang telah aku rakam dalam PVR astro aku.

Settle masak..husband and anak-anak dah tido [lepas zohor]..aku apa lagi dengan tenang memegang remote astro untuk memulakan aktiviti santai aku..

TETIBA...

DUMMMM!!!!!!

Jiran sebelah aku dengan selamba menghempas pintu rumah..diikuti dengan beberapa carutan yang tak manis aku nak taip kat sini..

Aku nak kuat volume tv kesian dengan husband n anak-anak dieorang tgh tido..so aku decide nak pasang telinga [sbb tak leh kuatkan volume tv]..

Rupa-rupanya si anak sedang mencarutkan si ayah sbb si ayah tak bagi dia bawak balik boyfriend bertandang kat rumah hingga tengah malam..

Memandang adik beradiknya masih kecil2 lagi...

Si anak ugut akan melarikan diri sekiranya si ayah masih lagi tidak mahu menerima kehadiran boyfriend tercinta..

Sedang mereka rancak bergaduh.. guruh berbunyi..

Aku apa lagi capai sahaja tudung nak keluar nak angkat jemuran kain..

Bila aku buka je pintu..ada seekor jantan tengah tersengih-sengih sambil melayan smart phone die depan rumah jiran aku yang sedang rancak bergaduh..

Sedang aku mengangkat jemuran..pintu rumah sebelah dibuka..sambil menyarung selipar flippers si gadis memeluk si jantan untuk terus keluar..

Sayup kedengaran dicuping telinga aku si anak berkata..

"Jangan di layan ayah tak guna tu".... terkedu aku???

AYAH TAK GUNA??? terngiang ngiang di ruangan telinga aku..termenung aku merenung kain diampaian..

Pintu rumah jiran aku dibuka kembali.. Terjengul kepala si ayah melihat permergian si anak dengan si jantan..

Aku hanya mampu menundukkan kepala sedikit dan terus masuk kedalam rumah..

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga kata-kata keramat itu..

Dugaan apakah ini Ya ALLAH..?


XOXO


Friday, 29 May 2015

Alahai Jiranku Sayang - Part 1

Kita ni bila duduk rumah merpati di bandaraya Kuala Lumpur banyak benda nak kene tolak ansur.

Anak-anak main kejar-kejar di koridor..sampah yang disepahkan dek anak-anak jiran..air sampah yang meleleh-leleh depan koridor kita..jiran-jiran yang balik mabuk lepas tu gaduh dengan isteri.

SEMUA NAK KENE TAHAN!! 

Aku sebenarnya tak kisah sangat kalau yang mabuk tu balik bergaduh dengan isteri..yang aku tak tahan jiran aku yang melayu ni..

Aku sebenarnya kesian dengan bapa die..die dihormati sebagai ketua keluarga..

Isteri die suka tengking herdik die bila die tegur isteri die untuk tutup aurat dengan sempurna..

Macamana aku tau?? 

Setiap kali isteri die balik dari kedai mesti aku akan terdengar suara isteri dia yg macam speaker horn surau mengherdik si suami..

Anak-anak perempuan dieorg pulak bila tengok si mak selalu menengking si ayah dieorang pun sama naik..bila disuruh tutup aurat..anak-anak die mesti cakap 'ibu pun tak pakai tudung?' apsal kami kene pakai..

Pernah suatu hari aku ngan suami terserempak die termenung sorang-sorang kat tangga rumah merpati kitaorg..

Kesian aku tengok..

Aku cuma mampu berdoa si isteri dan anak-anak sempat menerima hidayah  dan menghormati lelaki ini sebagai ketua keluarga..

Dan kalau boleh aku tak nak dengar si isteri menjerit menengking si suami hanya kerana perkara yang wajib die patuh walaupun si suami tak suruh..aku rimas dan malu..

Aku harap lelaki itu tabah menghadapi segala kerenah ahli keluarga die.



XOXO


Thursday, 28 May 2015

AKU YANG SENTAP - PART 1

Aku sayang suami aku..

Masa mula-mula kahwin dulu dia ikuttt je rentak aku..
Bangun tido time subuh 'gajah'..faham-fahamlah solat subuhnya jam berapa kan..

Tutup aurat ikut dan jeeee..

Pakai tudung time nak pergi kedai, keluar jalan2 and pergi kerja..
Bila lepak depan rumah dengan ipar duai..anak-anak buah suami yang dah boleh jadi bapak orang selambaaaa je tak pakai tudung..
Paham-pahamlah kalau lepak rumah..seluar 3/4..baju padat..al maklumlah badan kecik molek..pakai apa je konon-konon cun la tu..

Pergi keje kene lah style..kerja sektor korporat kene lah dressing sikit walaupun pakai tudung..faham-fahamlah kalau jadi PA ni kan..takde nak pakai baju kurung, jubah semua ni..rasa mcm tak sesuai je..

PADA SUATU HARI...

Ada kawan share pic kat bawah ni kat FB aku..



Hati aku ada sikit sentap..aku tak tahu kenapa aku tersentap tengok gambar ni..hati dah mula tertanya-tanya..salah ke cara aku tutup aurat??? Aku dah bertudung kot???

Balik dari kerja aku diamm jee..Suami aku pulak tak banyak cakap kitaorang layan lagu kat Sinar.fm..Biasalah dah dekat-dekat nak Maghrib adalah tazkirah dalam 2-3 minit..kebetulan cerita pasal DAYUS..

Lebih kurang macam ni lah citernya:



Aku tak tau apsal masa tu aku rasa sedih sangat..Tetiba aku teringat ayah aku kat kg.."Apa aku dah buat ni?"..[masa ni tak fikir lagi pasal suami sebab baru kawin kannn]

Sampai kat rumah lagi 10 minit nak azan maghrib..Aku ambil towel aku mandi..ambik wudhu and lepas tu sarung jubah..sarung telekung..suami aku tanya nak kemana? Aku cakap nak ikutlah pergi masjid..

Azan habis je aku gerak pergi masjid..sampai masjid muazzin dah qamat..habis solat kebetulan ada penceramah jemputan.."USTAZ AMRAN YUSOF" yang aku selalu gak nampak kat TV9..

Tajuk ceramah keluarga bahagia..seronok ustaz ni..bila ceramah dia akan berlagu-lagu bila mengalun ayat-ayat quran yang dijadikan dalil untuk penyampaian ceramah dia..pandai dia tarik audience untuk tak mengantuk..1st time aku dapat rasa best jugak ceramah agama ini..

Dalam gelak-gelak tu banyak jugak lah aku disentapkan...

Selesai ceramah aku tak abis-abis memikir pasal intipati ceramah dan gambar yang kawan aku share kat FB tadi..

*** nanti aku sambung lagi cerita pasal kesentapan aku ni yek...ASSALAMUALAIKUM



XOXO

Monday, 25 May 2015

BERANI BETOL KO YEK!!!!!!

Dengar Sinar FM sesambil buat keje lebih masa..

Berita Jam 7..

Remaja Culik budak 7 tahun and paksa jadi pengemis..

Ko culik budak tu dekat Masjid Muhammadi Kota Bharu.. 

Ko pukul die tanpa sebab..tak bagi makan..

Lepas tu ko suruh die mengemis kat KB Mall..

Menurut maklumat kanak2 berumur 7 tahun ramai lagi kanak2 yang diculik untuk dijadikan pengemis..

Amboiiiii..muda muda lagi ko dah menyetan yek?? 

Ko tak pikir ke mak bapak bebudak ni risau..kalau aku pun sedih bagai nak rak..anak kot..tetiba hilang..tau tau musibat macam ko suruh jadi pengemis..

Eeee ko ni kalau aku dapat memang mendapat la..aku seret ko ke balai..kalau nak balun sebelum hantar ke balai tak berbaloi..tak hingin aku dapat hukuman sebab balun kau..

Ko bayangkan kalau adik ko diculik lepas tu dipaksa jadi pengemis???


Kepada masyarakat sekeliling tolong la prihatin..kalau nampak bebudak mengemis cuba kepochi sikit..imagine la sikit takkan bebudak ni nak jadi pengemis nak nak budak2 ni warga tempatan..

Marah betul aku nihhh!!!




XOXO



Power of Sedekah

Assalamualaikum...

Minggu lepas viral kisah Cik Rashidah Rashidi yang bersedekah..Menurut beliau pada hari yang sama..ada seseorang telah meletakkan sejumlah wang tunai di wiper kereta die..

Aku tengok ramai yang kutuk..ada yang menyindir..ada yang membuat parodi..itulah masyarakat kita..bila ada cerita macam ni bende yang pertama yang terlintas difikiran bende NEGATIF..belum lagi aku tengok bende POSITIF yang cuba difikirkan.. 

Ada gak keyboard warrior yang memandang sinis perkara macam ni..Bukan lah aku nak percaya sangat citer citer macam ni cuma disekeliling kita ada keajaiban..hari-hari..sebenarnya kita ni tanpa sedar berSEDEKAH hari-hari..

Masyarakat kita ni dah dibiasakan bila sebut sedekah mesti ingat DUIT sahaja..sedangkan kita senyum ngan orang kita bersedekah..kita bukakan pintu lif untuk orang lain.. kita bersedekah..kita bagitahu kain dah nak masuk kat dalam rim moto kita bersedekah..banyak sebenarnya bentuk sedekah..

Korang rasa-rasa oksigen yang kita hirup hari hari..tubuh badan yang sihat..kita dapat makan minum hari hari ..korang rasa mana korang dapat?? Bukan ker itu balasan kepada segala perbuatan sedekah (perbuatan baik) yang korang buat hari-hari? Cuma cara ALLAH bagi balasan tu berlainan..

Dari korang duk kutuk-kutuk si Rashidah Rashidi tu baik korang tanamkan semangat untuk bersedekah dengan lebih banyak lagi..

Bukan dengan duit je tau kita boleh bersedekah..

Katakanlah kejadian tu betul!! tak merangkak korang yang dah mengutuk, menyindir dan membuat parodi untuk menunjukkan korang je yang betul nak mencari si Rashidah ni padang masyar  nanti???

Tiada yang pelik kalau ALLAH berkehendak..

Wahai sedara seMELAYU ku...Pernah dengar KUN FAYA KUN tak? 




XOXO


Friday, 22 May 2015

Alahai kesian nya..

Assalamualaikum..

Pagi-pagi tengok FB dah dapat citer sedih..Kesian la die..Budak comey..Mak tak nak kat die..

Hmm kalau diri aku sebagai seorang mak ni tak tergamak aku nak berpisak dengan anak dalam keadaan anak tengah lasak dan nakal ni..

Tapi ye lah masing-masing ada masalah masing-masing..

Aku memang akan terkesan setiap kali tengok berita pasal anak-anak kecil..

Yang kene buang..kene dera..kene liwat..ynag tidak dikehendaki kehadirannya..

Ramai ke yang sakit jiwa sekarang ni??

Adakah sebab kekurangan duit??

Adakah sebab kekurangan kasih sayang antara manusia?

Tapi hati aku kuat mengatakan kebanyakan manusia zaman sekarang terlalu mengejar ILMU duniawi sebab pandangan kebanyakan orang zaman sekarang kalau kita sibuk mengejar ILMU ALLAH nanti kita nak makan apa??!!!

Kejarlah kasih sayang ALLAH...insyaALLAH balasannya SANGAT SANGAT SANGAT MANIS..tidak terungkap dek akal dan perasaan kita MANISNYA kasih sayang ALLAH..





http://www.dailymail.co.uk/news/article-3091348/Social-services-fly-six-month-old-baby-boy-Bratislava-Slovakian-mother-moved-UK-decided-no-longer-wanted-settling-new-life-England.html

Salam Jumaat penuh BARAKAH





XOXO..










Thursday, 21 May 2015

Best Friend Forever - Part 2

Aku kenal die lepas dua tahun aku habis SPM..nak sambung belajar..tapi ongkos takde..So merata aku keje..last2 aku dapat keje opis seperti yang diidamkan dek mak ayah aku..zaman tu nak dapat keje susah weh..

BFF aku ni orang nye boleh dikatakan ada rupa lah kalau die make up.. die pandai make up sbb aku ni tak reti langsung pasal make up..yang aku kenal masa tu pencuci muka kao biore..hahaha..
Orangnya sama tinggi ngan aku..badan gemuk..ada tahi lalat di bibir..bermata galak..rambut beralun..leher pendek..and die pandai dressing (zaman tu la)..tapi die takde boyfriend..

kalau nak compare ngan aku kurus keding...kulit hitam manis..dressing ikut suka hati..janji boleh pakai..tapi boyfriend aku memang 'A'..ada moto..ada kereta..tapi cemburunya nauzubillah

BFF aku ni suka sangat mengutuk boyfriend aku..die cakap aku tak layak dapat lelaki mcm ni..aku ni happy go lucky..lelaki ni plak suka mengongkong aku..aku pun biar je la die mengata boyfriend aku dengan jayanya..Sbb apa yang dia cakap tak masuk kat dalam hati aku pun..so aku pun selalu elakkan boyfriend aku ada disekeliling bila time aku lepak dengan die..(kurang sikit aku mendengar die mengutuk)..

Masa ni aku dah start bejinak-jinak nak jadik pompuan cun..So BFF aku ni la yang ajar aku beli baju yang sesuai dengan kekedingan aku ni..baru aku tahu pompuan keding susah nak cari baju yang sesuai nak dibawa kemana-mana terutama seluar..paham-pahamlah fizikal pompuan keding ni kan..(masa tu)

Masa tu aku naif sangat pasal fesyen..Apa je si BFF suruh beli aku beli..pernah ada sorang kakak tu pesan dengan aku jangan ikut sgt cakap BFF ko tu..nanti ko malu..aku pelik kenapa kakak tu cakap macam tu tapi macam biasa aku buat dekk je la sbb aku ingat dieorg dengki sbb dieorg tak cun..

Tapi lepas bertahun aku menuntut ilmu dgn BFF..baru aku tahu selama ni die mengenakan aku..rupanya banyak je baju yg cantik-cantik and sesuai je dengan aku tapi disebabkan die DENGKI tak boleh nak pakai baju-baju tu (sbb die gemuk!!) so die cakap lah baju tu tak cantik!!

Hampes betul la si BFF ni..mmg HAMJAD..

Kenapa yek die macam tu??? 

Nanti aku story lagi yek..(ni baru sikit)

XOXO..


Wednesday, 20 May 2015

Best Friend Forever - Part 1



Budak ni masih berumur pertengahan 20an..

Aku panggil die budak sbb die muda dari aku..
Die ni sweet talk..Dengan-dengan aku sekali terpedaya..
Die ni suka bercerita hal orang..Aku plak suka mendengar..
Memang best citer hal orang ni..Sedap mcm makan daging masak kicap..


Aku kawan dengan die lama..

Lama betul..Mmg semua kisah die aku tau..
Dari zaman sekolah kata kan..
Kalau tengok perwatakan die mmg tak sangka mulut die macam PUAKA..
Sampai sekarang aku tak percaya die back stabbed aku..


Sbb lama sangat kenal die ni..

Aku perasan satu perangai die ni..
Die ni tak boleh orang LEBIH dari die..
Tak kisah la..pasal BEG ke..pasal KASUT ke..ANAK ke..LAKI ke..
Serius aku pelik dengan die ni..


Bagi aku hidup die dah perfect..

Ada keluarga..suami dan anak-anak yang comel..
Rumah dah ada..Kereta import..
TAPI aku tak paham apsal die nak dengki ngan orang???


Best Friend Forever - Part 2



XOXO...


PASAL BLOG NI!!

aku tak tau apsal tetiba aku nak buat blog..
masa otw balik keje tetiba teringat nak buat..
aku ni suka bercakap..tapi masalah aku ni susah nak percaya orang..
nak nak sejak aku di back stabbed dek kawan baik sendiri..
20 tahun aku kawan dengan die.. ini yang dia bagi kat aku (akan ku cerita satu persatu)..
tapi aku percaya ini semua takdir yang ALLAH dah tentukan..
bukan die nak yang nak tentukan aku ni masuk syurga ke tak???
tats why masa tengah melayan perasaan sedih tadi aku decide nak buka blog..
kat sini leh la aku dapat apa2 pendapat pasal kemusyikilan aku..
bukan tak nak mengadu ngan ALLAH..mengadu tu tetap mengadu dengan NYA..
tapi aku ni manusia and I'M NOT PERFECT!!!

So kepada kengkawan baru..kalau nak bagi pendapat bagi lah ye..nak maki nak hamun lantak korang la.. ini story aku so sendiri mau ingat...