Monday 25 May 2015

Power of Sedekah

Assalamualaikum...

Minggu lepas viral kisah Cik Rashidah Rashidi yang bersedekah..Menurut beliau pada hari yang sama..ada seseorang telah meletakkan sejumlah wang tunai di wiper kereta die..

Aku tengok ramai yang kutuk..ada yang menyindir..ada yang membuat parodi..itulah masyarakat kita..bila ada cerita macam ni bende yang pertama yang terlintas difikiran bende NEGATIF..belum lagi aku tengok bende POSITIF yang cuba difikirkan.. 

Ada gak keyboard warrior yang memandang sinis perkara macam ni..Bukan lah aku nak percaya sangat citer citer macam ni cuma disekeliling kita ada keajaiban..hari-hari..sebenarnya kita ni tanpa sedar berSEDEKAH hari-hari..

Masyarakat kita ni dah dibiasakan bila sebut sedekah mesti ingat DUIT sahaja..sedangkan kita senyum ngan orang kita bersedekah..kita bukakan pintu lif untuk orang lain.. kita bersedekah..kita bagitahu kain dah nak masuk kat dalam rim moto kita bersedekah..banyak sebenarnya bentuk sedekah..

Korang rasa-rasa oksigen yang kita hirup hari hari..tubuh badan yang sihat..kita dapat makan minum hari hari ..korang rasa mana korang dapat?? Bukan ker itu balasan kepada segala perbuatan sedekah (perbuatan baik) yang korang buat hari-hari? Cuma cara ALLAH bagi balasan tu berlainan..

Dari korang duk kutuk-kutuk si Rashidah Rashidi tu baik korang tanamkan semangat untuk bersedekah dengan lebih banyak lagi..

Bukan dengan duit je tau kita boleh bersedekah..

Katakanlah kejadian tu betul!! tak merangkak korang yang dah mengutuk, menyindir dan membuat parodi untuk menunjukkan korang je yang betul nak mencari si Rashidah ni padang masyar  nanti???

Tiada yang pelik kalau ALLAH berkehendak..

Wahai sedara seMELAYU ku...Pernah dengar KUN FAYA KUN tak? 




XOXO


No comments:

Post a Comment