Friday 29 May 2015

Alahai Jiranku Sayang - Part 1

Kita ni bila duduk rumah merpati di bandaraya Kuala Lumpur banyak benda nak kene tolak ansur.

Anak-anak main kejar-kejar di koridor..sampah yang disepahkan dek anak-anak jiran..air sampah yang meleleh-leleh depan koridor kita..jiran-jiran yang balik mabuk lepas tu gaduh dengan isteri.

SEMUA NAK KENE TAHAN!! 

Aku sebenarnya tak kisah sangat kalau yang mabuk tu balik bergaduh dengan isteri..yang aku tak tahan jiran aku yang melayu ni..

Aku sebenarnya kesian dengan bapa die..die dihormati sebagai ketua keluarga..

Isteri die suka tengking herdik die bila die tegur isteri die untuk tutup aurat dengan sempurna..

Macamana aku tau?? 

Setiap kali isteri die balik dari kedai mesti aku akan terdengar suara isteri dia yg macam speaker horn surau mengherdik si suami..

Anak-anak perempuan dieorg pulak bila tengok si mak selalu menengking si ayah dieorang pun sama naik..bila disuruh tutup aurat..anak-anak die mesti cakap 'ibu pun tak pakai tudung?' apsal kami kene pakai..

Pernah suatu hari aku ngan suami terserempak die termenung sorang-sorang kat tangga rumah merpati kitaorg..

Kesian aku tengok..

Aku cuma mampu berdoa si isteri dan anak-anak sempat menerima hidayah  dan menghormati lelaki ini sebagai ketua keluarga..

Dan kalau boleh aku tak nak dengar si isteri menjerit menengking si suami hanya kerana perkara yang wajib die patuh walaupun si suami tak suruh..aku rimas dan malu..

Aku harap lelaki itu tabah menghadapi segala kerenah ahli keluarga die.



XOXO


No comments:

Post a Comment