Showing posts with label peringatan sesama insan. Show all posts
Showing posts with label peringatan sesama insan. Show all posts

Monday, 25 May 2015

BERANI BETOL KO YEK!!!!!!

Dengar Sinar FM sesambil buat keje lebih masa..

Berita Jam 7..

Remaja Culik budak 7 tahun and paksa jadi pengemis..

Ko culik budak tu dekat Masjid Muhammadi Kota Bharu.. 

Ko pukul die tanpa sebab..tak bagi makan..

Lepas tu ko suruh die mengemis kat KB Mall..

Menurut maklumat kanak2 berumur 7 tahun ramai lagi kanak2 yang diculik untuk dijadikan pengemis..

Amboiiiii..muda muda lagi ko dah menyetan yek?? 

Ko tak pikir ke mak bapak bebudak ni risau..kalau aku pun sedih bagai nak rak..anak kot..tetiba hilang..tau tau musibat macam ko suruh jadi pengemis..

Eeee ko ni kalau aku dapat memang mendapat la..aku seret ko ke balai..kalau nak balun sebelum hantar ke balai tak berbaloi..tak hingin aku dapat hukuman sebab balun kau..

Ko bayangkan kalau adik ko diculik lepas tu dipaksa jadi pengemis???


Kepada masyarakat sekeliling tolong la prihatin..kalau nampak bebudak mengemis cuba kepochi sikit..imagine la sikit takkan bebudak ni nak jadi pengemis nak nak budak2 ni warga tempatan..

Marah betul aku nihhh!!!




XOXO



Power of Sedekah

Assalamualaikum...

Minggu lepas viral kisah Cik Rashidah Rashidi yang bersedekah..Menurut beliau pada hari yang sama..ada seseorang telah meletakkan sejumlah wang tunai di wiper kereta die..

Aku tengok ramai yang kutuk..ada yang menyindir..ada yang membuat parodi..itulah masyarakat kita..bila ada cerita macam ni bende yang pertama yang terlintas difikiran bende NEGATIF..belum lagi aku tengok bende POSITIF yang cuba difikirkan.. 

Ada gak keyboard warrior yang memandang sinis perkara macam ni..Bukan lah aku nak percaya sangat citer citer macam ni cuma disekeliling kita ada keajaiban..hari-hari..sebenarnya kita ni tanpa sedar berSEDEKAH hari-hari..

Masyarakat kita ni dah dibiasakan bila sebut sedekah mesti ingat DUIT sahaja..sedangkan kita senyum ngan orang kita bersedekah..kita bukakan pintu lif untuk orang lain.. kita bersedekah..kita bagitahu kain dah nak masuk kat dalam rim moto kita bersedekah..banyak sebenarnya bentuk sedekah..

Korang rasa-rasa oksigen yang kita hirup hari hari..tubuh badan yang sihat..kita dapat makan minum hari hari ..korang rasa mana korang dapat?? Bukan ker itu balasan kepada segala perbuatan sedekah (perbuatan baik) yang korang buat hari-hari? Cuma cara ALLAH bagi balasan tu berlainan..

Dari korang duk kutuk-kutuk si Rashidah Rashidi tu baik korang tanamkan semangat untuk bersedekah dengan lebih banyak lagi..

Bukan dengan duit je tau kita boleh bersedekah..

Katakanlah kejadian tu betul!! tak merangkak korang yang dah mengutuk, menyindir dan membuat parodi untuk menunjukkan korang je yang betul nak mencari si Rashidah ni padang masyar  nanti???

Tiada yang pelik kalau ALLAH berkehendak..

Wahai sedara seMELAYU ku...Pernah dengar KUN FAYA KUN tak? 




XOXO


Friday, 22 May 2015

Alahai kesian nya..

Assalamualaikum..

Pagi-pagi tengok FB dah dapat citer sedih..Kesian la die..Budak comey..Mak tak nak kat die..

Hmm kalau diri aku sebagai seorang mak ni tak tergamak aku nak berpisak dengan anak dalam keadaan anak tengah lasak dan nakal ni..

Tapi ye lah masing-masing ada masalah masing-masing..

Aku memang akan terkesan setiap kali tengok berita pasal anak-anak kecil..

Yang kene buang..kene dera..kene liwat..ynag tidak dikehendaki kehadirannya..

Ramai ke yang sakit jiwa sekarang ni??

Adakah sebab kekurangan duit??

Adakah sebab kekurangan kasih sayang antara manusia?

Tapi hati aku kuat mengatakan kebanyakan manusia zaman sekarang terlalu mengejar ILMU duniawi sebab pandangan kebanyakan orang zaman sekarang kalau kita sibuk mengejar ILMU ALLAH nanti kita nak makan apa??!!!

Kejarlah kasih sayang ALLAH...insyaALLAH balasannya SANGAT SANGAT SANGAT MANIS..tidak terungkap dek akal dan perasaan kita MANISNYA kasih sayang ALLAH..





http://www.dailymail.co.uk/news/article-3091348/Social-services-fly-six-month-old-baby-boy-Bratislava-Slovakian-mother-moved-UK-decided-no-longer-wanted-settling-new-life-England.html

Salam Jumaat penuh BARAKAH





XOXO..