Wednesday, 3 June 2015

Tolong Jaga Sikit Adab Anak Tu!!!

video

Merujuk kepada video diatas.

Dalam mendidik anak-anak masing-masing mempunyai cara tersendiri.

Cara mendidik anak ni tak semuanya sama.

Dulu aku selalu perhati mak ayah aku mendidik adik-adik aku..termasuk aku..

Mak ayah aku ni kategori garang..kalau dah garang paham-paham je la maksud aku..rotan tu tak payah cakap lah..memang pernah kene walaupun tak selalu..

Kami akan dirotan ditangan kalau tak solat..ponteng ngaji and mandi sungai..

Kalau exam merosot kami jarang kene rotan..biasanya kami didenda untuk menyalin soalan yang salah berserta jawapan..

Mak ayah jarang bawak kami pergi shopping kompleks..memandang perangai kami yang lasak..

Kalau pergi beraya rumah jiran selalu kami tertekan sbb mak ayah tak bagi kami bergerak bimbang akan berlaku kerosakan dirumah yang kami beraya.

Cara nak bagi kami duduk diam hanya dengan jelingan..aku pun tak tau apsal kami takut sangat dengan jelingan..pernah ada seorang adik kami tertumpah air di karpet rumah orang..kami semua didenda..tak boleh ikut pergi beraya..punya la frust masa tu..

Mak ayah denda kami atas alasan kami tak jaga adik kami..

Bila dah ada semakin dewasa aku makin faham kenapa mak ayah aku sangat tegas dengan kami adik beradik..

Bila seorang buat salah semua akan kene..ini bermakna kami kene ambil tahu dan saling menegur kesilapan yang adik beradik kami buat..so kami masih lagi berkelakuan sedemikian..dan kami amat menyayangi antara satu sama lain..

Dan hasilnya kami akan tahu adab kalau pergi kemana-mana..

Sekarang ni aku tengok banyak mak bapak yang tak reti nak marahkan anak langsung..biar je apa yg anak-anak buat..tak reti nak ajar adab bertandang dirumah orang..adab di pusat beli belah..

Pernah aku terserempak dengan seorang kanak-kanak memunggah tin susu, makanan di Giant..ibu dier cuma menegur sahaja..bukannya die nak susun balik barang-barang yang anak die punggah..kesian aku tengok pekerja-pekerja kat situ..anak die siap sepak kaki pekerja-pekerja yang menyusun barang-barang yang disepahkan..aku rasa nak je aku baling tin susu tu kat kepala si ibu tadi..

Memang kita ni pembeli..tapi perangai tu biarlah bertamadun sikit..Ko tak malu ke orang keliling tengok perangai anak ko macam tu..Serius aku tak faham mak bapak macam ni..TEGAS sikit dengan anak tu..bukan suruh dirotan..kalau tak tahu pergi belajar beli buku..doa untuk anak-anak hyperactive kan banyak..

TOLONGlah mak bapak oiii..ajar lah sikit adab pada anak-anak OR korang sendiri memang takde adab dan tau wujudnya ADAB dalam dunia ni!!

DAN jangan sibuk nak salah kan orang kalau ko yang tak reti jaga anak...



XOXO

No comments:

Post a Comment