Wednesday 3 June 2015

Kenduri Kahwin...

Cuti sekolah datang lagi!!!!!

Macam biasa kat Malaysia kalau cuti sekolah memang xde aktiviti lain..

KENDURI KAHWIN...

Kenduri kahwin ni memang akan memenatkan tuan rumah tak kira la kita guna catering ke..rewang ke..buat kat dewan ke etc..

Macam-macam ragam kerenah manusia kita akan jumpa masa kenduri kawin..biasanya kerenah-kerenah ni dimonopoli oleh kaum hawa..

Antaranya..

1) Perang Fesyen Baju

Baju sape cantik..dengan rekaan fesyen nye..ketat ke tak..jarang je tak..warna sesuai tak dengan si pemakai..mmg perang fesyen lah masa kenduri ni..kenkadang ada jugak yang sgt sgt over..tak kene dengan majlis dan lokasi majlis..yang aku perasan lah mmg susah nak tengok mana-mana kaum hawa tutup aurat dengan sempurna masa kenduri ni..belum lagi aku jumpa perang tutup aurat..siapa tutup aurat dengan sempurna..


2)Perang Make Up

Masa kenduri ni lah kita dapat tengok macam-macam jenis make up..ada yang cantik..tapi selalunya susah nak dapat ok..


3) Perang Karaoke

Aku pernah jumpa satu kenduri..serius aku terkejut tengok kenduri ni..sedara mara tuan rumah non stop berkaraoke..plus setiap kali ada nyanyian mesti ada joget-jogetan..and all the time DANGDUT..bila dirisik-risik..oo orang dari seberang..patutlah..start kul 10.30 pagi sampai pukul 6.30 petang..terpaksa lah aku menadah telinga..dah dieorg buat kenduri kat bawah rumah aku..muzik senyap bila azan berkemundang..

4)Perang Ingin Tahu 

Kebanyakan kaum hawa mesti nak tahu macamana rupa bilik pengantin..mcm mana rupa hantaran..apa yang diberi..apa yang dibalas..[selalunya terjadi kalau buat kat rumah]

Dari aku kecik sampai la sekarang aku tak paham kenapa nak kene ambil tahu semua tu..

Biar la apa pun rupa bilik dan hantaran lantaklah..

Kita dijemput untuk makan..so dah sampai kat kenduri..salam tuan rumah..makan..lepas tu salam balik tuan rumah and balik..

Tak payah la nak ambik tau bagai-bagai..

Ini antara PERANG yang selalu berlaku di kenduri kahwin..kenkadang seronok tengok..kenkadang meluat..

So sebagai manusia kita ambik lah semua sebagai tauladan dan sempadan..untuk memperbaiki kehidupan masing-masing.

Akhir kata selamat berkenduri, selamat datang kenduri and jangan nak PERANG sangatlah..rileks rileks sudah..


XOXO






No comments:

Post a Comment