Monday 1 June 2015

Alahai Jiranku Sayang - Part 2

Hujung minggu adalah hari yang amat-amatlah sangat dinantikan oleh insan seperti aku yang telah penat bekerja sepanjang minggu.

Disebabkan cuti sekolah telah bermula aku decide tak nak berjalan kemana-mana pada hujung minggu lepas.

Aku plan nak masak sedap sedap dan lepak dan nak menghabiskan siaran tv yang tertunda yang telah aku rakam dalam PVR astro aku.

Settle masak..husband and anak-anak dah tido [lepas zohor]..aku apa lagi dengan tenang memegang remote astro untuk memulakan aktiviti santai aku..

TETIBA...

DUMMMM!!!!!!

Jiran sebelah aku dengan selamba menghempas pintu rumah..diikuti dengan beberapa carutan yang tak manis aku nak taip kat sini..

Aku nak kuat volume tv kesian dengan husband n anak-anak dieorang tgh tido..so aku decide nak pasang telinga [sbb tak leh kuatkan volume tv]..

Rupa-rupanya si anak sedang mencarutkan si ayah sbb si ayah tak bagi dia bawak balik boyfriend bertandang kat rumah hingga tengah malam..

Memandang adik beradiknya masih kecil2 lagi...

Si anak ugut akan melarikan diri sekiranya si ayah masih lagi tidak mahu menerima kehadiran boyfriend tercinta..

Sedang mereka rancak bergaduh.. guruh berbunyi..

Aku apa lagi capai sahaja tudung nak keluar nak angkat jemuran kain..

Bila aku buka je pintu..ada seekor jantan tengah tersengih-sengih sambil melayan smart phone die depan rumah jiran aku yang sedang rancak bergaduh..

Sedang aku mengangkat jemuran..pintu rumah sebelah dibuka..sambil menyarung selipar flippers si gadis memeluk si jantan untuk terus keluar..

Sayup kedengaran dicuping telinga aku si anak berkata..

"Jangan di layan ayah tak guna tu".... terkedu aku???

AYAH TAK GUNA??? terngiang ngiang di ruangan telinga aku..termenung aku merenung kain diampaian..

Pintu rumah jiran aku dibuka kembali.. Terjengul kepala si ayah melihat permergian si anak dengan si jantan..

Aku hanya mampu menundukkan kepala sedikit dan terus masuk kedalam rumah..

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga kata-kata keramat itu..

Dugaan apakah ini Ya ALLAH..?


XOXO


No comments:

Post a Comment